
Bila mana seseorang islam berketurunan islam maka apa kah dosa dan balasan allah terhadapnya ketika di akirat kelak?ALLAH MENGENDELAMKAN KEDALAM BUMI DAN MENJADIKAN MEREKA KERA ATAU BABI YANG HINA,, WALLAHUAKLAM BISSAWAB.,
jawapan nya menurut hadis muslim jelas bahawa haram dan sebagai mana huraian tafsir quran yang mana hukum menerima imbalan dari kerjaya berkait arak ,..,., Pekerjaan yang haram dari asalnya kerana membabitkan pengeluaran produk-produk yang haram atau secara langsung menjadikan perbuatan-perbuatan yang diharamkan Syariat sebagai sumber rezki. Contohnya; pekerjaan membuat arak, memproses makanan-makanan haram dan sebagainya. Bagi kedai pula, kedai yang masuk dalam kategori ini ialah kedai-kedai yang menjual barang-barang haram sama ada keseluruhannya atau kebanyakannya di mana tujuan kedai itu dibuka adalah untuk menjual barang haram.
Hukum pekerjaan tersebut atau bekerja di tempat/kilang/kedai sebegitu hukumnya adalah haram dan pendapatan (upah/gaji) yang diperolehi juga adalah haram kerana ia adalah bayaran kepada pekerjaan yang haram. Jika kita mengetahui bahawa pendapatannya sepenuhnya dari pekerjaan haram tersebut (yakni ia tidak mempunyai pendapatan lain), haramlah kita melakukan urusan kewangan dengannya sama ada menerima hadiah/pemberian darinya, bertukaran dengannya dalam jual-beli atau upah-mengupah, termasuklah menerima bayaran hutang darinya. Ini kerana wang haram itu bukanlah miliknya kerana Islam tidak mengiktiraf sumber haram untuk menjadi pemilikan individu, di mana ia wajib membersihkan wang haram itu dari dirinya dengan mensedekahnya kepada fakir miskin atau kemaslahatan umum kaum musliminseperti mana hadis dan ayat quran di bawah .,,
Bekerja di tempat sebegitu (yakni yang bercampur dengan yang diharam Allah) hukumnya adalah dilarang oleh agama kerana seorang muslim diperintahkan Allah agar menjauhi perkara yang haram dan tidak terlibat dalam membantu atau mempromosinya. Firman Allah (bermaksud); "Saling membantulah kamu dalam melakukan kebaikan dan takwa, dan janganlah kamu saling membantu dalam perkara dosa dan permusuhan" (al-Quran). Namun dari segi gaji/pendapatan, hendaklah dibezakan antara dua keadaan;Sebenarnya, wang tersebut keji (haram) jika nisbah kepada orang mendapatkan secara tidak halal, tetapi ia baik (halal) untuk fakir miskin dan badan-badan kebajikan…(penyelesaiannya) disalurkan ke badan-badan kebajikan iaitu fakir miskin, anak-anak yatim, orang terputus perjalanan, institusi-institusi kebajikan islam, dakwah dan kemasyarakatan..” (al-Fatawa al-Mu’asarah 2/411, Beirut: Dar Ulil Nuha).. “Allah tidak terima solat tanpa bersuci, dan sedekah dari pengkhianat” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).
Tiada ulasan:
Catat Ulasan