Sabtu, 12 Mei 2018

tarikh melihat anak bulan ramadhan


ya allah ,ya tuhan kami dengan semperna kedatagan bulan ramadhan al-mubarak ini maka muliakan lah amalan-amalan kami dan ibadah-ibadah kami di terima dan diberi ganjaran dari kamu ya allah.,,. semoga ramadhan kami kali ini lebih bernilai dari yang telah berlalu ya allah.,,.., amiiiin ,,,






  1. 15 Mei tarikh melihat anak bulan Ramadan
  2. Tarikh melihat anak bulan Ramadan bagi menetapkan permulaan puasa bagi umat Islam di Malaysia di Malaysia adalah pada 15 Mei, Selasa bersamaan 29 Syaaban 1439 Hijrah
  3. Menurut kenyataan Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja pada Selasa, jawatankuasa-jawatankuasa yang berkenaan akan melihat anak bulan Ramadan pada petang 15 Mei di 29 lokasi.

  1. Hadis Ibnu Umar r.a: Nabi s.a.w telah menyebut tentang bulan Ramadan dengan sabdanya: Janganlah kamu berpuasa sebelum kamu melihat anak bulan Ramadan dan janganlah kamu berbuka sebelum kamu melihat anak bulan Syawal. Sekiranya ia dilitupi awan, hendaklah kamu menghitungnya
  2. Kewajipan puasa ke atas umat Islam bermula pada tahun 2 Hijrah. Nabi Muhammad SAW melakukannya ibadah puasa di bulan Ramadhan sebanyak 9 kali sebelum wafat pada tahun ke-11 Hijrah iaitu 11 Rabiulawal.[1] Cara menetapkan anak bulan Ramadhan dengan 3 kaedah iaitu: 1) Melihat anak bulan (nampak anak bulan Ramadhan) 2) Menyempurnakan bulan Syaaban sebanyak 30 hari 3) Ilmu falak Cara yang ketiga (menggunakan ilmu falak) tidak berlaku pada zaman Nabi SAW kerana pada ketika itu penyusunan ilmu falak masih belum wujud. Cara pertama dan kedua sahaja yang pernah digunakan pada zaman Nabi SAW. Dalil yang menyatakan bahawa untuk mengistinbatkan (menetapkan) datangnya anak bulan Ramadhan melalui melihat atau penyaksian berdasarkan kepada hadis berikut : Sesungguhnya Ibnu Umar radiallahu ‘anhuma telah melihat anak bulan. Maka beliau memberitahu kepada Rasulullah SAW berkenaan dengan apa yang dilihatnya itu. Maka Rasulullah SAW menyuruhnya untuk berpuasa dan mengarahkan orang ramai (umat Islam) berpuasa.[2] Firman Allah SWT : "Oleh itu, sesiapa di antara kamu yang menyaksikan anak bulan Ramadhan (atau mengetahuinya), maka hendaklah dia berpuasa.” (Surah Al-Baqarah: 185) 
  3.  Daripada Abu Hurairah radiallahu ‘anhu, Nabi SAW bersabda : صُومُوا لِرُؤْيَتِهِ وَأَفْطِرُوا لِرُؤْيَتِهِ فَإِنْ غُبِّيَ عَلَيْكُمْ فَأَكْمِلُوا عِدَّةَ شَعْبَانَ ثَلَاثِينَ "Berpuasalah kamu sekiranya nampak anak bulan (Ramadhan), dan berbukalah apabila nampak anak bulan (Syawal). Maka sekiranya gelap (tidak kelihatan anak bulan Ramadhan) cukupkanlah bulan Syaaban itu 30 hari.” (Bukhari) Daripada Ibnu Abbas berkata, “Telah datang seorang lelaki Arab kepada Nabi SAW lalu berkata : إِنِّي رَأَيْتُ الْهِلَالَ يَعْنِي رَمَضَانَ فقال أَتَشْهَدُ أَنْ لَا إِلَهَ إلا الله قال نَعَمْ قال أَتَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا رسول اللَّهِ قال نَعَمْ قال يا بِلَالُ أَذِّنْ في الناس فَلْيَصُومُوا غَدًا ‘Sesungguhnya aku telah melihat anak bulan Ramadhan.’ Nabi SAW bertanya, ‘Adakah kamu menyaksikan bahawa tiada tuhan melainkan Allah?’ Jawab lelaki tadi, ‘Ya.’ Baginda SAW bertanya lagi, ‘Adakah kamu menyaksikan bahawa aku pesuruh Allah?’ Jawabnya, ‘Ya.’ Sabda Baginda SAW, ‘Wahai Bilal, laungkan khabar ini kepada orang ramai (umat Islam) untuk berpuasa esok.” (Abu Daud)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan